Thursday, April 23, 2009

~'bUngA c!Nta'~











Bunga Cinta Hari Kekasih


Setiap kali hari kekasih seperti sudah menjadi satu kemestian bunga adalah hadiah wajib untuk dihadiahkan pada insan tersayang. Namun mungkin kamu tidak tahu bunga yang di berikan oleh si dia sebernarnya mampu menggambarkan perasaannya pada kamu. Nak tahu, apa kata kamu lihat warna bunga yang di berikan kepadamu itu kerana setiap satunya ada pengertian tersendiri….


Biru

Warna biru melambangkan keterbukaan dan ketenangan. Ini menunjukkan si dia seorang yang mampu di jadikan tempat bergantung susah dan senang. Sekiranya kamu mendapat sejambak bunga biru ini bermakna si dia ingin meraikan hari kekasih ini dengan nyaman dan tenang....


Pink

Pink yang selalu serasi dengan perempuan adalah warna yang mewakili keagungan, kelembutan dan kebahagiaan. Sekiranya kamu dihadiahkan bunga pink dari si dia ini tandanya si dia ingin menunjukkan bahawa dia memahami perasaan kamu sebagai perempuan. Bunga pink yang mekar penuh melambangkan kepolosan dan keceriaan. Jadi andai kamu diberi bunga pink si dia menganggap kamu mewarisi dua sifat ini. Bunga pink juga sering di jadikan pilihan kepada pasangan yang baru bercinta....


Ungu

Warna ungu sering di gunakan dalam upacara rasmi. Ungu mewakili rasa bangga, harga diri dan sukses. Setiap bunga ungu yang diberikan pada kamu menunjukkan si dia menganggap kamu kekasih yang harus dijaga dan dihargai. Serta perlu dilayan seperti puteri....Sekiranya kamu di beri sejambak bunga ungu ini memberi lambang si dia begitu memuja kamu...


Merah

Sudah menjadi pengetahuaan umum merah adalah gambaran daripada sesuatu yang panas atau meluap-luap. Andai lelaki memilih bunga merah sebagai hadiah untuk velentine day tandanya perasaan si dia begitu mencintai kamu sepenuh hati. Satu tangkai bunga merah melambangkan dia cuma mahu kamu sahaja yang tahu perasaan cintanya pada kamu. Manakala sejambak bunga merah melambangkan si dia mahu memberitahu semua orang betapa si dia amat mencintai kamu...


Putih

Bunga putih adalah mewakili kecantikan. Sekiranya si dia memilih memberikan kamu bunga putih di jamin si dia merasakan kamu seorang yang cantik tetapi simple. Oleh itu si dia mahukan kamu dan dia meraikan hari kekasih ini dengan simple tetapi amat romantis...


Kuning

Bunga kuning mampu membuat kamu senyum dan ingat matahari. Lelaki yang memilih bunga kuning untuk kekasihnya adalah lelaki yang kelakar dan hobinya adalah membuat orang ketawa. Oleh itu, bunga kuning yang di berikan pada kamu menunjukkan kesediaannya untuk selalu menghiburkan dan buat kamu ketawa. So cute, bunga kuning juga boleh menjadi tanda satu permulaan hubungan kamu dan dia...


Oren

Jangan anggap bunga oren tidak cantik untuk di jadikan hadiah. Bunga oren adalah lambang kehangatan, tenaga dan semangat. Saat lelaki memilih oren si dia mahukan sesuatu yang unik dan menunjukkan semangatnya mampu menyenangkan kamu. Bunga oren yang mekar penuh adalah lambang dari rasa terima kasih dan rasa percaya diri untuk terus bersamamu...


Hijau

Hijau ternyata tidak cuma daun. Ada beberapa jenis bunga berwarna hijau juga dan sekiranya kamu menerima bunga berwarna hijau ertinya si dia mementingkan kesihatan dan ketenangan. Bunga hijau agak sukar di temui di negara kita. Oleh itu, si dia mahu memberitahu kamu bahawa kasih bukan sesuatu yang mudah di temui. Si dia menganggap kamu sebagai kekasih yang susah untuk di temui dan rasa bersyukur kerana dapat bersama kamu...


''True love comes quietly without banners or flashing lights. If you hear bells get your ears checked''.

No comments:

Post a Comment