Monday, April 27, 2009

~sAhabat~














Dulu ‘ngam’ kini seteru!!!


Ha… tentunya kamu akan merasakan hidup kamu lebih sempurna andai dikurniakan sahabat yang benar-benar menyayangimu sehingga ke akhir hayat. Namun seperti juga dengan hubungan percintaan, bukan semua persahabatan itu mampu bertahan kerana ada kalanya kamu juga harus akur apabila persahabatan yang telah terjalin berbelas tahun itu akhirnya berakhir dengan permusuhan….


Di akui bukan mudah untuk melalui situasi begini. Orang yang paling rapat dalam hidup kamu tiba-tiba menjauhkan diri dari kamu. Puncanya mungkin hanya perkara kecil sahaja, tetapi kesannya begitu besar sehingga kamu dan dia bermusuh. Kamu tentu tertanya-tanya mengapa ini berlaku, apa yang perlu di buat, bagaiman mahu jernihkan kembali keadaan dan siapa yang perlu kamu persalahkan, diri kamu atau sahabatmu...

Apa yang perlu & tidak perlu..


Perlu

¨ Jangan berhenti untuk memujuknya agar memaafkan kamu.

¨ Hantarkan sms yang manis-manis tentang persahabatan agar dia tahu kamu masih menganggapnya sahabat terbaik kamu.

¨ Sentiasa mengikuti perkembangannya supaya dia tahu kamu masih mengambil berat tentangnya.

¨ Sekiranya dia sakit kamu wajib melawatnya biarpun mungkin kehadiran kamu membuatkan dia kurang senang. Namun kamu perlu buktikan kamu tidak pernah sesekali mengabaikan sahabatnya.

¨ Lakukan sesuatu yang sebelum ini tidak pernah kamu lakukan. Misalnya kalau sebelum ini kamu tidak pernah memberinya hadiah pada hari ulang tahunnya, kamu belikan hadiah untuknya.

¨ Menawarkan dia bercuti bersama-sama kamu dan taman-teman lain mungkin itu boleh membantu untuk merapatkan kembali persahabatan kamu.


Tidak Perlu!!!

¨ Elakkan daripada bercerita atau menjaja masalah kamu dan dia sana sini kerana kamu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Cerita-cerita tersebut pasti akan menjadi pelbagai versi.

¨ Bagaimana kamu marah sekalipun sikapnya yang dingin, tapi jangan sesekali kamu menengking ataupun berkasar dengannya. Masalah tidak akan diselesaikan dengan berkasar.

¨ Jangan mendesak atau memaksanya untuk memaafkan kamu dengan setiap saat menelefon atau berada dihadapan rumahnya. Berilah masa untuknya berfikir dan bertenang.

¨ Tidak ikhlas dalam meminta maaf. Mulut sahaja minta maaf sedangkan hati kamu mengatakan kamu sebenarnya tidak bersalah. Jangan sangka orang tidak dapat membaca hati kamu.

¨ Biarpun mungkin kamu punya teman selain dia tetapi jangan terlalu angkuh menunjukkan pada dia bahawa kamu masih ada ramai lagi teman dan tidak pernah kisahpun kalau dia tidak mahu berkawan denganmu. Sikap kamu ini bukan sahaja tidak boleh menjernihkan keadaan malah akan membuatkan dia bertambah benci pada kamu.


Akhir sekali, banyakkan bersabar untuk beri dia masa berfikir dan bertenang. Dia juga manusia biasa yang ada kalanya memberi peluang kepada sahabatnya untuk membetulkan kesilapan. Sekiranya dia masih menyayangi kamu dia pasti akan bersamamu semula....

No comments:

Post a Comment